Motor DPMT Dicuri Pihak Tidak Bertanggungjawab
Date: Thursday, January 07 @ 22:02:02 MYT
Topic: Info DPMT


Maarad, 7 Jan - Motor mengangkut barang milik Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) yang dibeli pihak DPMT telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada awal pagi tadi sekitar jam 2:00 pagi sehingga 4:30 pagi. Sebelum hilang, motor tersebut diletakkan di hadapan imarah Bait Izzah lama dalam keadaan berkunci.




Walau bagaimanapun, kehilangan motor tersebut hanya disedari oleh pihak AJKT DPMT lewat pagi tadi. Ciri-ciri motor DPMT yang hilang adalah seperti berikut:-

Warna: Merah
No. Plat: 32915
Tertulis perkataan CMG di belakang tempat letak barang.

Laporan polis telah dibuat oleh wakil AJKT dan Pengerusi DPMT, Ustaz Dzulhilmi bin Roslan telah memaklumkannya kepada pihak keselamatan Mesir.

Berikutan kes kehilangan motor ini, Ustaz Dzulhilmi bin Roslan menggesa kepada semua ahli DPMT agar bersama-sama mencari ikhtiar di melakukan solat hajat dan berdoa agar motor tersebut dijumpai kembali.

Selain itu, beliau menyampaikan nasihat daripada pihak keselamatan Mesir kepada seluruh ahli DPMT agar meningkatkan tahap berjaga-jaga dan pengawasan terhadap keselamatan rumah dan barangan persendirian. Ini disebabkan ketika musim peperiksaan inilah pelbagai kes kecurian berlaku seperti yang telah terjadi di Siberbay pada tahun lepas. -AJKT DPMT






This article comes from edpmt.org
http://edpmt.org/v909

The URL for this story is:
http://edpmt.org/v909/modules.php?name=News&file=article&sid=231