| S |
M |
T |
W |
T |
F |
S |
| |
|
|
1 | 2 | 3 | 4 | | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | |
|
|
|
|
 |
Kolukium Keilmuan Islam (Q) Hebat |
 |
 Bait Izzah, 7 Mac - Bersamaan dengan 21 Rabi'ul Awwal 1431 H, Unit Dakwah dan Pembangunan Insan telah mengadakan program Kolukium Keilmuan Islam (Q) bagi pelajar-pelajar tahun satu. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran, seramai 43 orang mahasiswa yang berdaftar sebagai peserta pada program ini.
Program tersebut dirasmikan oleh pengerusi DPMT Ustaz Dzulhilmi bin Roslan. Setelah selesai majlis perasmian, kesemua peserta berehat seketika untuk sarapan pagi. Seterusnya program diteruskan dengan pembentangan kertas kerja pertama yang bertajuk “Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam” yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Zuhdi bin Mat Piah.
Tidak cukup dengan itu, peserta dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja yang kedua bertajuk “Konsep Syahadah dan Tuntutannya” yang dibentangkan oleh Ustaz Wan Hadiyuddin bin Wan Mahmood. Seterusnya majlis berehat untuk memberi peluang kepada para peserta untuk solat berjemaah dan santapan tengah hari. Selepas daripada itu, majlis bersambung kembali dengan slot debat yang disertai oleh semua peserta yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Tajuk yang di jadikan pilihan dalam slot debat ini ialah "Berpersatuan Tidak Menjejaskan Akademik".
Rata-rata para peserta mengambil bahagian dalam memberikan hujah masing-masing. Rentetan daripada itu, Ustaz Dzulhilmi bin Roslan Pengerusi DPMT dijemput untuk memberikan ulasan dari hasil slot debat tersebut. Dalam pada itu, majlis diteruskan lagi dengan pengisian rohani melalui pembentangan kertas kerja ketiga yang disampaikan oleh Ustaz Mumtaz bin Harun, mantan penasihat Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq (DPMZ) yang bertajuk “Tarbiyah Ruhiah Membentuk Generasi Berwawasan”.
Selepas pembentangan kertas kerja yang ketiga. Program berehat seketika untuk solat asar berjemaah di masjid yang berdekatan. Program diteruskan lagi dengan menjemput 3 orang peserta untuk memberikan kesimpulan daripada ketiga-tiga pembentangan yang telah dijalankan daripada pagi hinggalah petang. Selepas daripada itu, program diteruskan dengan Majlis Penutup yang disampaikan oleh Ustaz Wan Hadiyuddin bin Wan Mahmood selaku Penasihat 1 DPMT dan bacaan doa Rabitah serta majlis wida’. Program bersurai pada pukul 6:00 petang.
|
| Di hantar pada Monday, March 08 @ 06:38:45 MYT oleh admin |
|
|
| |
|
| "Kolukium Keilmuan Islam (Q) Hebat" | Login/Create an Account | 0 komen |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|